Perang Naning # 1 (15 Jun 1831)

154

Mentreng.com | Melaka (Malaysia) – Hari ini 190 tahun yang lalu, Perang Naning yang tercetus di antara pejuang Melayu pimpinan YAM Orang Kaya Seri Raja Merah Dato’ Undang Naning ke-9 Abdul Said b. Omar (Dol Said) dan British berakhir.

Naning merupakan sebuah wilayah kecil yang berada di persempadanan Negeri Sembilan-Melaka. Ketika penjajahan Belanda, pentadbiran tempatan di Naning tidak diganggu dan mereka hanya perlu membayar 400 gantang padi sebagai ufti kepada Belanda.

Susulan Perjanjian Inggeris-Belanda 1824, berlaku pertukaran wilayah jajahan antara dua negara itu di Kepulauan Melayu, menyaksikan Melaka diserahkan kepada British. British menyangka Naning berada di dalam wilayah Melaka yang dikawal Belanda.

Maka dituntut pentadbir Naning membayar ufti sebagaimana diberi kepada Belanda dahulu, ditambah dengan cukai 1/10 daripada hasil keluaran, dan British mahu menerapkan pentadbirannya di daerah itu. Hal ini ditentang oleh YAM Orang Kaya Seri Raja Merah Dato’ Undang Naning ke-9 Abdul Said b. Omar (Dol Said) Penghulu Naning.

YAM Orang Kaya Seri Raja Merah Dato’ Undang Naning ke-9 Abdul Said b. Omar (Dol Said) enggan membayar cukai kepada British, menghalang kerja-kerja banci dilakukan dan macam-macam lagi bentuk penolakan. Ini dikhuatiri British akan mempengaruhi lebih ramai orang Melayu lain untuk berani bangkit dan menentang.

Lalu British menghantar seangkatan 150 tentera sepoi dari Melaka menyerang Naning pada 6 Ogos 1831, namun pertempuran di dalam hutan memberikan kelebihan buat orang-orang Naning yang turut dibantu angkatan dari daerah sekitarnya.

Kekalahan itu menjadi satu tamparan hebat buat British, yang kemudian mengatur semula strategi bermula dengan gerakan halus memaksa Rembau (diketuai oleh Said Saaban) memutuskan hubungan dengan Naning dan menandatangani perjanjian dengan British.

BACA JUGA :  Again, New Deadly Shootings by the Algerian Army on Sahrawi Civilians)

Dengan kekuatan seramai 1,500 tentera, British melancarkan serangan kedua ke atas Naning yang kini bersendirian tanpa bantuan daripada Rembau yang sudah bersama British. Dengan mudah, British akhirnya menawan Naning pada 15 Jun 1832.

YAM Orang Kaya Seri Raja Merah Dato’ Undang Naning ke-9 Abdul Said b. Omar (Dol Said) berundur diri dari Taboh ke Melaka, dan British menawarkan 2,000 dolar Sepanyol kepada sesiapa yang berjaya menangkap pejuang Melayu itu. Beliau cuba menyelamatkan beberapa Pembesar Naning yang ditahan oleh pihak British tetapi beliau terperangkap & akhirnya menyerah diri pada 4 Februari 1834.**

Sumber: Arkib Negara Malaysia, Twitter/Melaka In Fact

https://www.instagram.com/p/CQIOlC_pBlN/?utm_medium=share_sheet

6 Ogos 1831 Perang Naning #1
Menang kerana bersatu melalui Integriti

15 Jun 1832 Perang Naninh #2
Kalah kerana dikhianati melalui Rasuah

Komentar